Ahad, 7 November 2010

Tips Keselamatan Rangkaian Wireless

Berikut 5 langkah-langkah mudah bagi membantu anda melindungi rangkaian wireless (tanpa wayar). Langkah-langkah ini adalah sebagai panduan umum - untuk garis panduan lebih terperinci, sila rujuk buku panduan vendor perkakasan anda.

1) Muat Turun Perisian Tegar (firmware) peralatan anda

Perisian tegar atau firmware ialah perisian sistem yang di simpan di dalam memori ROM sesuatu perkakasan - dalam kes ini router tanpa wayar (wireless router) anda. Firmware yang datang bersama-sama router tanpa wayar biasanya sudah ketinggalan. Muat turun firmware baru dari laman web rasmi vendor bagi memastikan keselamatan dan kelancaran di tahap yang paling baik.

Memandangkan kerentanan keselamatan ditemui saban hari, penampung (patches) juga akan wujud bagi membaikpulih kelemahan-kelemahan ini. Sekiranya anda menggunakan firmware asal yang datang bersama-sama router anda, kebarangkalian adanya lubang-lubang keselamatan bagi membolehkan seseorang merampas sambungan Internet anda juga adalah tinggi. Bukan itu sahaja, mereka juga mungkin boleh melihat fail-fail komputer yang terdapat di dalam rangkaian anda malah mencuri kata laluan dan nombor kad kredit anda.

Oleh yang demikian, anda perlu memastikan router wayarles anda dimuatkan dengan firmware terkini dari vendor. Kebanyakan router wayarles hari ini membolehkan anda mengemaskini firmware, dan prosesnya amat mudah. Periksa laman web pengeluar peralatan wayarles anda bagi mendapatkan butir-butir cara untuk memuat turunfirmware terkini, dan cara untuk memasangnya.

2) Tukar kata laluan Pentadbir (Administrator)

Kata Laluan asal (default) router wayarles perlu ditukar serta merta. Semua router wayarles didatangkan dengausername dan kata laluan yang sama. Untuk menukar kata laluan, masuk ke konfigurasi router wayarles, dan cari pautan atau aturan bertulis "Admin". Jika anda mengalami kesulitan untuk membuat aturan, rujuk buku panduan pengguna router wayarles anda.

3) Tukar nama SSID dan nyahaktif Siaran SSID (SSID Broadcasting)

Router wayarles anda didatangkan dengan SSID asal. SSID ialah nama rangkaian yang dikongsi oleh semua peralatan di dalam rangkaian tanpa wayar. SSID perlu digunakan oleh semua alat di dalam rangkaian wayarles. Untuk keselamatan, anda disarankan menukar SSID asal (default) ini kepada nama yang lebih unik bagi mengelakkan sambungan tanpa kebenaran di dalam rangkaian anda.

SSID Broadcasting ialah penyiaran nama SSID router bagi memudahkan peralatan lain untuk bersambung ke rangkaian wayarles anda. Bagaimanapun ia juga memudahkan sesiapa sahaja dengan peralaran wayarles untuk mengakses rangkaian anda. Dengan membuka siaran SSID, sama seperti anda meninggalkan kunci kereta di dalam alat pencucuh sambil anda keluar ke kedai serbaneka.

Dengan menutup siaran SSID, setiap peralatan wayarles yang ingin disambungkan perlu SSID-nya sama seperti yang terdapat pada router wayarles. SSID bukanlah sejenis pengesahan (authentication) tetapi lebih kepada pengenalan (identification).

Sila rujuk buku panduan router wayarles anda tentang cara untuk menyahaktifkan SSID Broadcasting ini.

4) Aktifkan WPA

Kebanyakan kad wayarles dan router menyokong ciri-ciri keselamatan tanpa wayar yang dipanggil WPA atau WPA2.WPA atau nama singkatan bagi Wi-Fi Protected Access ialah mekanisma enkripsi terbaru menggantikan WEP bagi memastikan setiap data yang keluar masuk dari rangkaian lebih selamat.

5) Had akses melalui alamat MAC

Setiap kad network, samada wayar dan tanpa wayar memiliki satu alamat unik yang diperuntukkan dari pengilang. Alamat ini dipanggil alamat MAC. Dengan mengaturkan supaya router wayarles anda hanya membenarkan sambungan dari alamat MAC tertentu, anda secara langsung telah menambah baik keselamatan rangkaian wayarles anda.




sumber dan credit: ilmuit.com
Read more "Tips Keselamatan Rangkaian Wireless..."

Menyahaktifkan AutoPlay

Dalam versi Windows terdahulu dan Windows XP, apabila anda memasukkan cakera padat CD yang mengandungi fail autoplay.ini. Windows akan menjalankan aturcara di dalam fail ini secara automatik.

Adalah dicadangkan supaya anda menyahaktif opsyen autoplay ini supaya anda boleh mengabaikan program yang tidak perlu dan mencepatkan akses ke atas cakera padat.

Satu cara lain yang paling mudah untuk mengabaikan autoplay ialah dengan menekan kekunci SHIFT tatkala anda memasukkan CD ke dalam pemain cakera (CD-ROM).

Untuk menyahaktif terus fungsi ini, anda hanya perlu membuat perubahan di dalam sarang Registry.

1) Klik Start -> Run

2) Taipkan "regedit" dan tekan OK

3) Kembangkan (expand) ke:

HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer

4) Cipta satu nilai DWORD dan namakan dengan NoDriveTypeAutoRun. Berikan nilai "185"

Mulakan semula (restart) komputer anda untuk melihat kesannya.

Selamat mencuba :)

Read more "Menyahaktifkan AutoPlay..."

Sabtu, 6 November 2010

Pabila Dua Hati Menjadi Satu



Pabila dua hati menjadi satu


Sejak melihatmu Ku jatuh hati padamu
Saat mengenalmu Semakin ku ingin kamu

Maukah engkau menemani aku…

Hari kuindah
Dua hati kan bersatu
Hariku indah
Dua langkah menjadi satu
Andai aku dan kamu
Bersama selalu


Read more "Pabila Dua Hati Menjadi Satu..."

Jumaat, 5 November 2010

Rantai + Gelang Mutiara Sabah untuk dijual

Koleksi mutiara sabah untuk dijual. Boleh didapati secara berasingan atau pun beli secara set.Koleksi ini adalah TERHAD.




Gelang Tangan
Jenis: Mutiara Sabah + Kristal Hitam
Harga Gelang Tangan Sahaja : Rm 25.00 [sahaja]












Rantai Leher
Jenis : Mutiara Sabah + Kristal Berwarna Hitam
Harga Rantai Leher : RM50.00 [sahaja]




















Rantai Leher + Gelang Tangan
Jenis: Mutiara Sabah + Kristal Warna Hitam
Harga : RM70.00 [ 1 set]



RM70.00 sahaja
[ rantai + gelang tangan]

















Kepada sesiapa yang berminat sila hantarkan permintaan disertakan butir2 berikut:

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat:
Kod Item dan kuantiti:


ke alamat : ammyie@yahoo.com

**saya akan hubungi anda selanjutnya. Cepat2 sementara stok ada..

Read more "Rantai + Gelang Mutiara Sabah untuk dijual..."

Rabu, 3 November 2010

Bersua Kembali

Assalamualaikum kepada semua. Hari ini merupakan permulaan kepada semua. Janganlah kita berputus asa dalam mengejar kejayaan. Tuhan mencipta pelbagai jalan untuk melihat kita berjaya sama ada dalam kehidupan mahupun kerjaya...:)

Sememangnya letih mengimbangi kerjaya dan pelajaran. Pernah terlihat seorang kenalan yang telah berkerja dan membuat keputusan belajar secara part time /pjj. Ke sana -ke sini mengejar waktu. Pernah bertanya kepadanya " Macammana ko buat 2 perkara dalam 1 masa?" dan dijawabnya "Biasalah, ingin berjaya perlukan pengorbanan"..Hmm..terdiam juga seketika memikirkan jawapan beliau yang ada betulnya..Untuk berjaya kita kena berkorban!


Read more "Bersua Kembali..."
 

Sponsor

Sponsor

Sponsor

Great Morning ©  Copyright by Revolusi Gagamas | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks